BAB 1.7 : PRINSIP LATIHAN
- Setiap latihan kecergasan yang dilakukan perlu berpandukan kepada prinsip latihan.
- Semua program latihan haruslah dirancang berdasarkan prinsip-prinsip latihan.
Faedah Latihan
- Meningkatkan kecergasan fizikal. Contohnya, kekuatan otot, daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kelajuan dan kuasa.
- Tahap kecergasan fizikal ditingkatkan secara ansur maju untuk mengurangkan risiko kecederaan.
- Dapat menguatkan otot-otot yang khusus melalui aktiviti latihan.
- Daya tahan otot dan kekuatan otot dapat ditingkatkan bergantung pada ulangan dan set.
1.7.1 : KEKHUSUSAN
- Bermakna latihan yang dijalankan secara khusus ataupun spesifik untuk meningkatkan kemampuan bahagian tubuh badan.
1.7.2 : INTENSITI LATIHAN
- Isipadu atau jumlah beban yang digunakan semasa melakukan latihan.
- Boleh dilakukan dengan menambahkan berat beban, jarak larian, ulangan, masa latihan atau memendekkan masa larian bagi sesuatu aktiviti.
1.7.3 : ULANGAN DAN SET
- Berbeza antara satu aktiviti dengan aktiviti yang lain.
- Contoh : aktiviti membina daya tahan otot dengan membina kekuatan otot melibatkan prinsip latihan intensiti, ulangan dan set yang berbeza.
- Bagi aktiviti daya tahan otot, intensiti latihan dikekalkan, set dikekalkan tetapi ulangan ditambah.
- Manakala bagi aktiviti kekuatan otot, intensiti latihan ditambah, set dikekalkan tetapi ulangan dikurangkan.
Lucky Club Casino Site: Safe & Secure Online Gaming
ReplyDeleteLucky Club luckyclub Casino Site · Deposit Options · Deposit Options · Minimum Deposit Options · Live Dealer Casino · Fast Payouts · Cash Out Options. Rating: 5 · 2 reviews