BAB 1.4 : KOMPOSISI BADAN
- Peratusan lemak badan berbanding dengan otot, tulang dan tisu badan.
- Boleh diukur dengan menggunakan kaliper.
- Kaliper = sejenis alat penyukat berbentuk gunting yang digunakan untuk menyukat ketebalan kulit badan dan mengira indeks jisim badan.
1.4.1 : BAHAGIAN BADAN UNTUK MENGUKUR LIPATAN KULIT
Bahagian Badan : Trisep - Lelaki (Ya)
- Perempuan (Ya)
Bahagian Badan : Sisi Dalam Betis - Lelaki (Ya)
- Perempuan (Ya)
*Bagi memastikan ketepatan yang tinggi, sukatan diambil pada bahagian trisep kanan dan sisi dalam betis kanan sahaja.
Prosedur Mengukur Menggunakan Kaliper
- Bagi mengukur lipatan kulit di bahagian trisep, murid yang diuji hendaklah berdiri tegak dengan kedua-dua tangan di sisi dalam keadaan selesa.
- Bagi mengukur lipatan kulit di bahagian sisi dalam betis pula, murid yang diuji berdiri tegak dengan satu kaki diletakkan di atas bangku sambil lutut dibengkokkan.
- Cubit lipatan kulit yang hendak diukur secara menegak menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.
- Ketipkan kaliper 1 cm di atas atau di bawah pada tempat yang dicubit.
- Ambil bacaan pada 0.5 mm terhampir.
- Ulang pengukuran sebanyak dua kali. Jika perbezaan ukuran melebihi 2 mm ulang prosedur pengukuran.
- Rekodkan semua bacaan pada borang.
- Cari purata bagi kedua-dua bacaan.
1.4.2 : TEKNIK MENGIRA KOMPOSISI BADAN
- Dapatkan min dua bacaan bagi lipatan kulit trisep.
- Dapatkan min dua bacaan bagi lipatan kulit sisi dalam betis.
- Jumlahkan min lipatan kulit trisep dan lipatan kulit sisi dalam betis.
- Bandingkan jumlah min lipatan (trisep dan sisi dalam betis) dengan berpandukan carta lipatan kulit untuk mengetahui peratusan lemak badan.
- Gunakan pembaris untuk mendapatkan bacaan peratusan lemak.
- Dapatkan kategori lemak badan.
Contoh pengiraan komposisi badan
1.4.3 : MEREKOD PERKEMBANGAN KOMPOSISI BADAN
- Merekod komposisi badan secara konsisten boleh membantu seseorang mengawal berat badan yang sesuai bagi menjaga tahap kecergasan dan kesihatan.
Cara-cara Merekod
- Sediakan borang rekod perkembangan komposisi badan.
- Rekodkan pada setiap awal bulan.
- Kenal pasti peningkatan atau penurunan dalam komposisi badan.
- Jika terdapat perubahan peningkatan komposisi badan, kaji semula program pemakanan anda.
thanks for the info.
ReplyDeleteTq
ReplyDelete