Friday, April 1, 2016

Bab 4 : Kesihatan Diri dan Keluarga



1.0 : KESIHATAN DIRI

-Penyakit akibat amalan pemakanan tidak sihat :
  • Aneroksia Nervosa
  • Bulimia Nervosa
-Amalan pemakanan tidak sihat
  • Maksud : pengambilan makanan yang terlalu sedikit berbanding keperluan metabolisme badan. 
  • Masalah psikologi - bimbang terhadap kegemukan
  1. Berlapar dan tidak suka makanan
  2. Muntahkan makanan
  3. Pengambilan pil pelangsing badan
-Suka berlapar >> Aneroksia Nervosa
> Ciri
  • Terlalu bimbang dan takut gemuk
  • Merungut dan tidak puas hati tentang berat badan
  • Rendah diri apabila berbual mengenai berat badan
  • Benci makanan
  • Gangguan kitaran haid
  • Imej kendiri tiba-tiba
-Memuntahkan/mengeluarkan makanan yang dimakan >> Bulimia Nervosa
>Ciri
  • Mempunyai selera makan yang tinggi
  • Makan dalam kuantiti yang banyak dalam suatu masa
  • Sakit perut sebaik sahaja selepas makan
  • Kerap alami sakit tekak
  • Gangguan kitaran haid
  • Ingin mempunyai berat badan unggul
  • Merungut mengenai berat badan
-Pengambilan pil pelangsing badan
  • Mengambil pelbagai jenis pil pelangsingan.
  • Gangguan terhadap selera makan
  • Tidak melakukan senaman 
-Kesan amalan pemakanan tidak sihat
  • Buah pinggang tidak berfungsi dengan baik kerana kekurangan air dan kalsium untuk perkumuhan
  • Gangguan denyutan jantung
  • Kandungan kalium dalam darah rendah, sebabkan denyutan nadi tidak konsisten - punca mati mengejut
  • Kurang zat makanan - kulit kering, rambut gugur dan tidak bermaya
  • Elektrolit badan tidak seimbang
  • Alami masalah psikologi - rendah diri dan suka sendiri
  • Mempercepatkan proses osteoporosis
  • Hakis lapisan epitelium pada kerongkong
-Langkah pencegahan amalan pemakanan tidak sihat
  1. Makan ikut jadual dan secara berhemah
  2. Banyakkan makan sayuran dan buahan
  3. Tidak mengambil makanan berkalori tinggi
  4. Bersenam - 3 kali seminggu 20 minit setiap sesi
  5. Elakkan mengambil makanan ringan sebelum waktu makan
  6. Pantau makanan yang dimakan setiap hari

1 comment: